Monday, April 07, 2014

Excerpt from AG-Report

Scanning through the AG-report in 2013 is really interesting at how public services are managed in MP Teluk Intan. Below are the extract of the findings and the auditee replies. Reminds me of the book, Rich Malaysia, Poor Malaysian.


Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Teluk Intan
Pengurusan Perolehan PBT Siri 1/2013
LKAN Tahun 2013 Siri 1

Penemuan - Perenggan 2.4.2.2(a) :
Anggaran kontraktor bagi 2 buah jeti sementara yang digunakan semasa pembinaan membaikpulih jeti asal di Taman Rekreasi Gunung Lang pada 25 Julai 2012 hingga 26 Disember 2012 berjumlah RM60,609 adalah tidak munasabah berbanding dengan anggaran jabatan yang lebih rendah iaitu RM5,000. Jeti sementara tersebut kemudiannya dibeli dengan tambahan kos sejumlah RM30,000 selepas keputusan pemilikan jeti sementara dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perubahan Kerja Bil.199/17/12 pada 26 Disember 2012. Pihak Audit mendapati kos keseluruhan yang dibayar kepada kontraktor bagi 2 buah jeti sementara tersebut adalah RM90,609. Pengesahan yang telah dibuat oleh pihak Audit dengan Jabatan Teknikal mendapati anggaran kos bagi 2 jeti sementara adalah RM20,000. Kegagalan pihak MBI membuat semakan dan perbandingan harga antara senarai kuantiti MBI dan kontraktor menyebabkan harga yang dibayar kepada kontraktor adalah tidak munasabah dan lebih tinggi dari harga anggaran MBI sehingga RM85,609 atau 1,712.2%.
Status :
Mengikut maklum balas daripada MBI bertarikh 15 Januari 2014, kontrak yang ditawarkan adalah secara terbuka untuk Kelas E (Bumiputera). Oleh yang demikian, harga yang ditawarkan adalah dari pihak kontraktor sendiri. Bagaimanapun, secara keseluruhannya kos kontrak yang ditawarkan oleh pihak kontraktor masih lagi rendah jika dibandingkan dengan anggaran jabatan sejumlah RM499,944 berbanding RM432,787. Namun pihak MBI tidak melaksanakan penyelarasan harga yang ditawarkan. Mulai akhir tahun 2013, pihak MBI telah mula melaksanakan penyelarasan harga dalam proses perolehan.

Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Teluk Intan
Pengurusan Perolehan PBT Siri 1/2013
LKAN Tahun 2013 Siri 1

Penemuan - Perenggan 2.4.2.2(b) :
Anggaran kontraktor bagi satu unit leach bin 660 liter yang dibekalkan semasa projek menaiktaraf kerja-kerja mengecat dan pembaikan kecil rumah pangsa Kinta Height berharga RM7,000 adalah lebih tinggi berbanding anggaran oleh MBI yang hanya RM1,500. Berdasarkan kajian pasaran yang dilaksanakan oleh pihak Audit mendapati harga seunit leach bin yang mempunyai saiz yang sama hanya antara RM1,250 hingga RM1,550.
Status :
Mengikut maklum balas daripada MBI bertarikh 15 Januari 2014, Pihak MBI akur tidak melaksanakan penyelarasan harga yang ditawarkan supaya lebih rasional. Bagaimanapun, secara keseluruhannya kos kontrak yang ditawarkan oleh pihak kontraktor masih lagi rendah jika dibandingkan dengan anggaran jabatan. Mulai akhir tahun 2013, pihak Majlis telah mula melaksanakan penyelarasan harga dalam proses perolehan.

Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Teluk Intan
Pengurusan Perolehan PBT Siri 1/2013
LKAN Tahun 2013 Siri 1

Penemuan - Perenggan 2.4.3.1(a) :
Pada 1 April 2013, MBI telah melantik syarikat LTC Alam Bersih Sdn. Bhd. secara konsesi selama 15 tahun secara rundingan terus melalui Jawatankuasa Penasihat Tujuan-Tujuan Am tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Berdasarkan satu kontrak perjanjian yang telah ditandatangani di antara pihak MBI dengan syarikat, premis terlibat dengan kadar yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, bayaran yang dituntut oleh pihak syarikat adalah sejumlah RM912,988 sebulan. Berdasarkan kiraan pihak Audit kos purata perolehan setahun ialah RM10.96 juta.
Status :
Mengikut maklum balas daripada MBI bertarikh 15 Januari 2014, Lantikan kontraktor bagi perkhidmatan kutipan sampah ini dibuat secara Rundingan Terus berdasarkan faktor keperluan mendesak dan maksud penyeragaman

No comments: